Sunday, November 14, 2010

Surat Cinta Buat Seorg HAWA

Salam semua...
Hari ni..pada pagi yg hening..seperti biasa cik nuhaa tdk dpt melelapkan mata..acap kali begitu..terasa diri ini berat sekali..malas..sifat yg sinonim dgn pelajar..hehe..scara ghalibnya pd pg ni cik nuhaa ingin berkongsi sedikit nukilan..nukilan pd pg ni cik nuhaa ambil dr sebuah buku yg agk lama cik nuhaa simpan..bku catatan msa cik nuhaa dr tgkatan 3 lg..lma kn?buku ni lah tmpat cik nuhaa mencoretkan sedikit bingkisan meluahkan perasaan waktu zaman muda2 dlu di mn perasaan jiwa remaja yg sering bergolak dgn cinta..hehe..teringat kngn di sekolah dlu..alhamdulillah..cik nuhaa membelek dan membuka helaian demi helaian..akhirnya cik nuhaa memilih nukilan mengenai luahan kaum Adam terhadap Hawa..dengari lah wahai Hawa..ianya amat menusuk qalbu..menusuk qalbu jiwa cik nuhaa..cik nuhaa rindu satu perjuangan..perjuangan mujahadah dlm melawan bisikan syaitan..rindu pd manisnya ujian..terlalu rindu!!!Kerna cik nuhaa akui,iman cik nuhaa sangat lemah kala ini..tersangat lemah..moga kerinduan cik nuhaa terubat dgn sedikit bingkisan ini..bingkisan yg dpt memberi semangat agr cik nuhaa kuat merebut kembali cinta dn rindu pada Rabb..insyaAllah..ameen..





"Tiada yg kurang di syurga,namun Adam tetap rindukan Hawa,indah lg terpelihara teman berkongsi suka dan duka.."


"SURAT CINTA BUAT SEORANG HAWA"

Dengarilah wahai HAWA...Satu bingkisan buatmu..teristimewa buatmu...


Cemburu ku lihat sang pungguk memadu rindu dgn sang bulan..
Cemburu ku lihat sang helang terbang berdua-duaan..
Cemburu jua aku pada sang belangkas yg hidup berkasih syg..
Tapi aku..terus kepiluan..Hawa yg diciptakan untuk kaumku bukan lg Hawa yg dulu..

Ku terbang bebas dalam duniaku ibarat sang helang yg gagah melebar sayap di ufuk Timur,berani..
Ku ibaratkan kau Hawa umpama sayap kiriku ini..
Lantaran tinggi nilaimu di hati lelaki..
Ku terbang setinggi-tingginya meredah awan tanpa ada tembok yg membataskan,tanpa ada dinding yg menghalang.Tatkala sesekali,bayu kencang menerjah,ku terbang rendah..

Hawa..
Bukan ku tewas dgn bayu nan kencang..Biarpun aku umpama helang gagah perkasa dan raja udara yg unggul di awanan..Namun andainya sebelah sayapku kuat tapi sebelah lg tergeliat...ku tdk mampu menongkah ribut yang menggila mengikut haluanku..Berat untukku menghadapinya dgn sayap kiri cuma..Kau tahu Hawa,aku jadi derita..

Hawa..
Ku teruskan jua perjalanan dgn ketabahan.Ku bawamu bersama dalam kepayahan..Kau memarahiku krn eg0ku.Kau leteri semahumu..Tanpa kau dengari kalamku..Andainya hilang eg0 lelaki,maka musnahlah dunia ini tanpa kepimpinan  krn eg0 mencipta karisma dan kepimpinan..Namun tatkala eg0ku menjadi eg0isme,maka disitu aku perlukan teguran..Terbang di langit  tanpa batasan,sering ku terbabas..hilang arah dan panduan..Ku harapkan kritikan serta pesanan berpanjangan agr ku tetap terbang di awanan menjadi jaguh helang terbilang..Tapi tafakkurku sejenak di pepohonan..

Hawa..
Kau di ciptakan indah bukan dari kepala untuk di sanjung dan di puja..bukan dari kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya..tapi dari rusukku dekat dgn dadaku untuk dilindungi,dekat pula dgn hati untuk disayangi dan dicintai..
 



Hawa..
Dulu ku perlukanmu sbg teman berbudi,menemani tugas beratku sbg khalifah dibumi..Kaulah cerminku yg sentiasa memuhasabah diri..tapi kini keindahanmu yg sering di puja,kau salah erti..kau tampil menghiburkan dunia dgn susuk tubuh yg menggiurkan..
Kaumku kekaburan..matanya bertelanjang..hatinya lemas di telan keasyikan.Ah,memang kaumku suka mengambil kesempatan!! Tapi mengapa kau jual dirimu bak barang pameran?? Dimana hilang malumu yg menjadi hias pakaianmu??
Tidak kah kau tahu,tubuh montokmu jadi hidangan enak buat mata,tetapi racun buat jiwa..Aku bisa terhumban ke neraka kerananya..kau gunakan keistimewaanmu untuk menggoda .Air matamu untuk menipu daya dan panahan matamu melemahkan iman..
Oh Hawa..
Aku rindukan Hawa yg dulu..malu..terjaga..terpelihara..
Hawa..
Ku tahu kau ibarat rusuk nan rapuh dan bengkok..perlu hati-hati untukku luruskan..Lantaran itu,ku datang bukan menunjuk cengkaman kuku tajam di kaki..bukan juga mengugut dgn paruh berbisa..tapi supaya direnung bersama..Bahawa antara kita perlu sentiasa perbaiki diri..
Dengarilah bisikan kasihku..
Sesungguhnya aku rindukan Hawa yg dulu..sesuci Maryam,seteguh Asiah,setulus Khadijah..setabah Fatimah..
Hawa..
Namamu indah biarpun di mana..
Di segenap jiwa..
Kau lah ibu,terukir kasih dipaparan dada..
Kau lah kekasih,dirindui saban ketika..
Kau lah puteri,pengubat duka penyejuk jiwa..
Kau lah adik,pemberi semangat paling berguna..
Kau lah mukminah,terukir indah di setiap dada..
Ketahui lah Hawa..
Kau ku puja..krn dari rahimmu melahirkan kaumku yg berhati waja..krn ayunan lembut tanganmu membesarkanku dgn terjaga..krn kewanitaanmu teman tempat cintaku berbicara..krn kau lah ladang tanaman,teman nafsuku bergelora..krn kau  adalah hiasan paling indah dari dunia seisinya..
Maka ku datang padamu Hawa..
Membawa ubat dgn penuh cinta..
Ubatilah dirimu..
Agr ku dpt terbang menguasai angkasa dan alam..dgn kedua-dua sayapku yg kuat dan mantap..
Agar bukan shj ku dpt menongkah angin nan kencang..Bahkan sayapku kibar penuh bangga mencipta angin.........


                                                                                                      ~ADAM~


----------------------------------------------------------------------------------


Subhanallah..tersentuh hati cik nuhaa buat kali kedua..harapan cik nuhaa agr cik nuhaa dan smua wanita seisi dunia menjadi wanita s0lehah..yg dpt menyejukkan mata dunia..lihatlah pada dunia kini..umpama zaman jahiliyyah..ramai wanita di luar sana masih belum tersedar..lagha dgn dunia yg penuh tipu daya..bangga pamerkan kecantikan..alangkah bahagianya jika wajah yg cantik itu menjadi peniup semangat para mujahidin..agr bersemangat di medan jihad..tp kini,kecantikan itu di jadikan untuk menggoncang iman lelaki..sedih..terlalu sedih!!!Duhai wanita..ubatilah dirimu..ubatilah ia dgn ilmu..hiasilah dirimu dgn keimanan..insyaAllah..dunia ini akn tersenyum..tersenyum bangga..agr kita semua meraih bahagia dunia dan akhirat..menggapai mardhatillah yg berbuah syurga..ameen..

"Jadilah seperti pohon semalu,malu menguncup apabila di sentuh.Mempertahankan jiwa dgn duri keimanan.Memperkukuhkan diri dgn akar keyakinan yg kuat kpd Allah S.W.T.."

"Dalam beribu pasir,hanya sedikit intan permata..dalam beribu wanita hnya sedikit wanita solehah.."



No comments: