Wednesday, October 26, 2011

::Empat Golongan Lelaki yang masuk Neraka::

alhamdulillah .. sekali lagi nuhaa diberi Allah peluang untuk mengupdate blog setelah sekelian lama tidak menjenguknya lantaran sibuk dan ketiadaan masa yang sesuai..petang ini ingin nuhaa kongsikan kepada semua teman2 tentang 4 golongan lelaki yang masuk neraka. moga2 dengan sedikit coretan ini dapat kita amalkan dan dapat kita mengambil ibroh tentangnya. sama2 kita ambil pengajaran untuk membaiki sedikit demi sedikit diri ini..duhai teman,renungilah coretan ini..istimewa untukmu dan untukku yang dahagakan keredhaan Allah...


Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.


  Kedua:- 'Suaminya' -  Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.



Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat. 

Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.   Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-

  " Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."  

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..   Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.   Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.   AMIN YARABBALALAMIN...



moga kita sama2 meraih syurga Allah

Sunday, October 2, 2011

::. Warkah Cinta Untuk Kak Nad .::


Warkah Cinta Untuk Kak Nad

Dengan namaMU ya Allah aku mulakan tinta ini. Tinta yang ilhamnya datang dariMU ya Allah. Ingin aku rafakkan setinggi-tinggi rasa syukur padaMU  Sang Khaliq yang telah memberi  kesempatan pada diri ini untuk menghirup  udara segar tanpa bayaran. Syukur.. pujian-pujian hanya untukMU ya Allah.Alhamdulillah!
Nuhaa selongkari kisah hidup semalam. Catatan penuh coretan. Kisah hidup penuh dengan kenangan dan pengalaman. Rupa-rupanya indah benar hidup ini jika berasaskan iman dan taqwa. Hidup penuh bersyariat menjadikan hidup kita teratur. Akhirat destinasi terakhir untuk kita kecapi dan dunia tempat kita membajai segala amalan untuk dijadikan bekalan ke akhirat kelak.
“ Jika kamu letakkan hatimu di akhirat pasti kamu akan bahagia di dunia dalam redhaNya. Tetapi ,jika kamu letakkan jiwamu hanya pada dunia, maka kamu akan merasai pahit maungnya hati yang tidak berkesudahan”
 Angin kipas beralun lembut menyapa dingin tubuh ini. Khayalan  nuhaa menerawang mengingati lewat kisah lalu. Rindu benar nuhaa pada sahabat2 dibumi UniSZA. Pastinya sekarang sahabat –sahabat semua bertungkus lumus dalam menuntut ilmu. Mencari permata yang amat berharga iaitu ilmu. Duhai sahabat, rindu benar nuhaa pada kalian semua. Kadang-kadang ad dumu’ mengalir hangat membasahi pipi tatkala begitu merindui kalian. Nuhaa hanyut dibuai kenangan lewat lalu ,pastinya nuhaa amat merindui dan mencintai kalian duhai sahabat.

                                                     ******
Ingin nuhaa dedikasikan warkah ini buat sahabat yang amat nuhaa sayangi. Seseorang yang banyak berbudi pada nuhaa sewaktu sama sama menuntut di bumi penyu,bumi penuh cinta dan kenangan.
Nuhaa mula kenali kakak  sewaktu kita sama sama menjadi penuntut diploma Usuluddin di UniSZA. Kakak  merupakan coursemate dan classmate nuhaa. Awal  perkenalan tidak lagi membuahkan persahabatan yang akrab. Hanya sekadar kawan- kawan biasa sahaja.  Waktu terus berlalu,masing-masing sibuk dengan hal sendiri sebagai tullab yang di amanahkan menuntut ilmu.
Masih dalam ingatan nuhaa,nuhaa mulai rapat dengan kakak ketika kelas kita mengadakan program kelas iaitu Family Day di Lata Tembakah. Keramahan dan celoteh kakak yang menghiburkan telah membuatkan diri nuhaa ingin mengenali kakak dengan lebih mendalam. Hikmah disebalik peristiwa ini kita semua dapat merapatkan ukhuwah sesama kita. Alhamdulillah,program kelas banyak membantu untuk kita semua merapatkan ukhuwah . kakak masih ingat tak lagi sewaktu kita sama sama naik van sewaktu pulang dari Lata Tembakah? Kakak tahu tak yang nuhaa dan rakan rakan yang lain seronok dan gembira  dengan celoteh kakak yang menghiburkan kami sepanjang perjalanan pulang . nuhaa yang mengantuk terus terbulat matanya ketika itu. masing masing gembira walaupun van yang dinaiki buruk dan bocor ketika hujan. Habis baju fira,mira,ika dan nuhaa basah dek hujan yang turun dan menerobos ke dalam van lantaran bumbung van yang bocor. Sungguh indah kenangan itu dan bahagianya kami ketika kakak ada waktu itu!
Pulangnya dari program tersebut telah membuatkan kita makin rapat. Walaupun masing masing pulang ke kampung semasa cuti semester,itu tidak menghalang untuk kita berhubung kerana teknologi sekarang seperti sms dan panggilan telefon telah memudahkan urusan kita. Kakak masih ingat tak kita saling  bermesej? Waktu tu dah dekat habis cuti semester. Kita semua sibuk bertanya tentang keputusan peperiksaan masing-masing dan asrama yang bakal kita duduki. Alhamdulillah kakak dapat satu blok ngan nuhaa,dekat aje kan.. Kita satu aras. Nuhaa masih ingat kakak  satu bilik ngan fira. Sejak itulah kita mula rapat.
Dan ada satu peristiwa yang tak akan nuhaa lupai sampai bila-bila. Waktu itulah kita tahu siapa sahabat yang baik dalam susah dan senang. Nuhaa masih ingat lagi nuhaa ketinggalan dalam membuat assignment  usul fiqh lantaran  tiada laptop. Tiada siapa membantu dalam keadaan yang kelam kabut kerana assignment itu akan di hantar ke esokan hari. Masing masing sibuk untuk siapkan assignment tersebut. Mana mungkin semua akan sudi meminjamkan laptop mereka pada kami. Kakak datang tatkala nuhaa gelisah,risau dan bermacam rasa. Kakak menyuruh kami menyalin  asignment kakak  tatkala orang lain “tangkai jering”  untuk memberikan “‘hasil kerja” mereka untuk membantu kami yang dalam keadaan terdesak. Kakak memang baik hati. Kakak memberi pinjam laptop kakak untuk nuhaa dan ika. Alhamdulillah kami sempat siap dan kami berusaha untuk tidak menciplak hasil kerja kakak tapi kami buat isi sendiri dan hanya meniru corak-corak nota yang dibuat. Terima kasih kakak! Atas pengorbananmu. Tidak dapat kami balas segala jasa kakak itu. Sejak itu,nuhaa dapat kenali yang mana sahabat sejati dan yang mana sahabat yang sekadar ada ketika kita senang sahaja. Nuhaa renungi dalam2,sungguh dunia ini penuh panca ragam, penuh dugaan dan mehnah.
                                                            *****
Selama setahun kita di blok Maryam,sejuta kenangan nuhaa perolehi bersama kakak. Kakak umpama mak dan ayah buat kami yang berjauhan dengan keluarga. Terubat rindu kami dikampung halaman lantaran kasih sayangmu! Tentu kakak ingat gelagat kita semua sewaktu kita bersama. Bak kata orang,nuhaa membesar di bilik kakak. Hehehe. Tergelak rasanya bila mengingati kenangan lalu. Mana tidaknya,bersarapan di bilik akak,tghari dibilik akak,lewat malam di bilik akak..tapi akak  tak pernah merungut. Sabarnya akak melayan karenah nuhaa. Kakak tahu,nuhaa rasa terharu bila setiap pagi akak akan kejut nuhaa dan ajak  bersarapan bersama akak. Tentunya kita akan minum Nescafe bersama sama. Minum pagi yang ghalib kita jadikan amalan tiap2 hari. Tak lupa juga buat roommate kakak,fira yang sentiasa tidak kisah keberadaan nuhaa bersama! Pasti nuhaa ingat kenangan kita bertiga minum Nescafe tiap2 pagi..indahnya kenangan itu..nuhaa hanyut lagi dengan kenangan lewat lalu..sungguh indah ukhuwah itu ya Allah!
Duhai kakak, hari –hari kita lewati penuh indah. Ada suka dan duka. Indah benar kenangan itu, nuhaa rasa disayangi oleh sahabat yang baik seperti akak. Sahabat yang lain juga begitu,makin hari kita semakin rapat dan mesra. Terasa indah melewati hari,minggu,bulan dan tahun bersamamu sahabat! Nuhaa masih ingat lagi,kakak sering menjadi rujukan orang yang ada masalah. Kakak sangat prihatin dan pendengar yang baik. Tidak hairanlah ramai yang bermasalah dalam pencintaan,persahabatan,kekeluargaan dan macam2 masalah yang lain merujuk  pada akak. Nuhaa renungi,fikir.. ada sesuatu yang hebat dalam diri akak. Nuhaa kagumi akak. Mungkin kerana keIKHLASan akak dalam persahabatan dan menolong orang membuatkan diri akak hebat. Maha Suci Allah yang menjadikan seseorang hamba itu dinaikkan martabat dan tinggi disisi manusia. Ya Allah..sungguh indah kurniaanMU berupa seorang sahabat yang baik.
                                                         ******

Terlalu banyak kenangan bersamamu kakak. Tidak terhitung jika ingin ditulis dan dihurai beserta kebaikanmu. Lewat akhir tahun kita tetap bersama. Ditakdirkan di tahun akhir kita dapat duduk satu apartment. Satu rumah ,Cuma berlainan bilik. Kakak tahu tak,nuhaa tersangat gembira mendapat tahu berita itu. Seperti ghalibnya, kita banyak menghabiskan waktu bersama. Pergi kelas bersama akak,makan bersama akak..dan segalanya.. persahabatan kita bertambah indah dengan kehadiran kak Tie,fana,k.fiqah dan fira serta sahabat semua yang tidak dapat ditulis namanya disini. Nuhaa akui semua sahabat nuhaa,Cuma sedikit nama sahaja yang disebutkan disini kerana mereka ini hampir dengan nuhaa. Apa apapun sentiasa bersama. Berenam. Segala susah senang dirasai bersama. Kita semua study bersama sama,makan bersama,suka duka besama. Terima buat kakak-kakak yang selalu masak untuk kami. Tentunya kak Tie,nuhaa amat merindui koktel buatan tanganmu.. segalanya indah kerana persahabatan ini bersulamkan keikhlasan.
 Ya Allah,rindunya aku pada insan-insan ini. Merekalah mengajarku erti persahabatan nan indah berbuah keikhlasan!
Terima kasih atas kasih sayang kalian: kak Nad,kak Tie,kak Fiqah,Ika,Zira,Naz,Fana,Fira dan semua sahabat yang mengenali diri ini… terima kasih Tuhan atas cinta nan indah ini! Alhamdulillah..
Wahai kakak.. ketahuilah nuhaa amat merinduimu tatkala diri ini terpisah. Nasihatmu ,kasih sayangmu dan segalanya tentangmu amat ku rindui. Kau begitu tabah kakakku. Nuhaa tahu,dalam dirimu berbakti menolong orang dan menggembirakan orang lain,dirimu ada duka..tapi dirimu tetap pandai menyembunyikan kedukaanmu. Banyak pembohongan yang telah akak buat pada kami. Kakak kata kakak gembira,padahal dalam hati kakak ada duka. Nuhaa tahu dalam hati akak bersedih tapi akak gagahkan diri menyembunyikan kesedihan akak. Itulah akak yang nuhaa kenal. Sanggup menyembunyikan kesedihan untuk  bahagiakan  orang lain padahal diri akak sangat menderita. Ya Allah,moga Kau BERKATI kakakku ini dalam segenap langkahnya,bicaranya dan hidupnya..amiin ya Allah..
                                                           *******
Beberapa minggu yang lepas,kita berjumpa lagi setelah beberapa bulan berpisah setelah tamat pengajian. Akhirnya nuhaa memilih untuk tidak menyambungkan pelajaran dan akak serta sahabat yang lain meneruskan pelajaran di peringkat ijazah. Alhamdulillah..nuhaa bahagia semua sahabat2 nuhaa Berjaya menyambung pelajaran. Kita berjumpa lagi lantaran adanya majlis konvokesyen. Waktu itu nuhaa sangat gembira kerana dapat bertemu kembali dengan akak. Kita semua ditemukan semula,bahagianya nuhaa hanya Allah yang tau.  Hari hari yang kita habiskan cukup bermakna bagi nuhaa walaupun masanya amat singkat. Terima kasih yang tidak terhingga buat kak Nad dan kak Tie yang bersusah payah mencari chalet atau homestay untuk nuhaa dan fana. Mengambil kami di stesen bas dalam kepekatan pagi yang dingin dan tidak kisah kami menumpang di bilik akak. Terima kasih kakakku!!!
Kenangan yang sekelumit itu akan nuhaa ingati..dirimu yang banyak berjasa buat diri ini rasa malu. Malunya kerana masih ada orang yang sanggup susah payah kerana  nuhaa walaupun nuhaa bukanlah orang yang begitu baik. Ya Allah..hanya Kau lah yang dapat membalas segala jasa mereka ini.
Buat pengetahuan akak,tatkala kita mahu berpisah kerana nuhaa ingin pulang ke kampung halaman setelah habis konvokesyen,hati ini terasa berat dan sedih yang amat sangat untuk berpisah dengan akak buat kali kedua. Sakitnya hati ini ingin meninggalkan kakak dan sahabat2 semua. Hati ini pasrah kerana setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Nuhaa  masih ingat ketika kakak menghantar nuhaa pulang,ketika itu hati nuhaa sudah menangis walaupun air mata ini tidak mengalir. Sewaktu bersalaman ngan kakak,nuhaa tidak dapat menahan sebak. Air mata nuhaa mengalir lagi! Deritanya perpisahan ini. Didalam kereta nuhaa menangis teresak-esak setelah  lambaian terakhir dari kakak. Sampaikan mak dan akak nuhaa turut mengalirkan air mata melihat nuhaa menangis sebegitu. Sakit benar hati nuhaa. Tak pernah nuhaa rasai sebelum ini. Mungkin ini perpisahan yang terakhir. Kita tidak tahu bila kita akan berjumpa lagi. insyaAllah jika ada jodoh,kita akan berjumpa lagi.
“Tidak ada kegembiraan setanding nikmat  sahabat. Dan tidak ada rasa sedih setanding perpisahan dengan sahabat “ – Imam Asy Syafie -
Sepanjang didalam kereta nuhaa tangisi perpisahan ini. Air mata hangat membasahi pipi membelah kepekatan malam. Nuhaa rindu pada kak Nad, Ika, Kak Tie, Fira, Kak Fiqah, Fana,Naz, Zira  dan sahabat2  semua. Nuhaa ingin bersama dengan kalian! Jika boleh,ingin nuhaa putarkan kembali memori indah persahabatan kita.ya Allah .. tak tertanggungnya rinduku pada mereka. sahabat.... yang resah dihurai keresahannya...yang girang dirungkai riangnya..aduhai sahabat…indahnya..
Kala ini..tak tertahan lagi air mata ini lantas ia mengalir laju membasahi tatkala menaip warkah sederhana ini. Ikhlas untukmu kakakku  SITI  NOORNADHIRAH  RAMLI dan tidak dilupai kakak NOR FATENA NASIR. Jasamu tidak dapat ku balas sepenuhnya. Warkah ini sekadar memuji bukan memuja  kerana ia ditujukan khas buat sahabat yang amat nuhaa sayangi sepenuh hati lambang ingatanku yang berpanjangan. Begitu juga buat sahabat2 semua yang tidak disebutkan nama disini. Ianya sekadar ingin ku kongsikan lantaran rindu dihati ini pada sahabat yang banyak berjasa buatku.. Terima kasih Tuhan atas cinta ini!
Dengan tulus ikhlas dariku sepenuh jiwa… Nuhaa Zahra.
 

Doa Rabitah
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMU,bertemu untuk mematuhi perintahMU, bersatu memikul beban dakwahMu, hati hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah  ya Allah ikatannya, kekalkan kemesraan  antara hati hati ini akan jalanNYA (yang sebenar }.
Penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati hati ini dengan limpah iman dan keindahan tawakal kepadaMU, hidup suburkan hati hati  ini dengan makrifat tentangMU, maka matikanlah pemilik hati hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU. Engkau sebaik baik sandaran dan sebaik baik penolong. Ya Allah perkenankan permintaan ini. Ya Allah restuilah dan  sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Amiin.