Saturday, June 18, 2011

::. Pergi Tidak Kembali .::


 Assalamualaikum w.b.t


Lama sudah nuhaa tidak menjenguk laman sesawang nie lantaran sibuk bekerja.. seolah jejari ini tekunci untuk menaip sebarang kata-kata atau nukilan..hari nie nuhaa terasa amat sedih kerana hari ini nuhaa kehilangan seorang sahabat perjuangan di UNISZA..beliau meninggal dalam waktu kira-kira pukul 5-6 ptg td asbab kemalangan dengan sebuah van.. walaupun nuhaa tidak rapat dengan arwah tetapi nuhaa amat terasa pemergiannya krn dia merupakan teman baik sahabat nuhaa..begitu sedih rasanya..sebak mengenangkannya..

moga rohnya ditempatkan dikalangan org beriman..moga rahmat dan redha Allah bersamanya..


moga rohnya tenang disana..al fatihah buat Mohd Sabri




Disuatu petang...



Tiba2 jantung nuhaa berdegup kencang..rasa xsedap hati..sementara nuhaa menunggu rakan2 untuk ke pasar malam ,nuhaa membaca novel..entah mengapa jantung ini terasa sesak..seolah2 ada perkara buruk berlaku..nuhaa berkongsi rasa dgn sahabat nuhaa k.nad.. k.naad pun terasa begitu..patut lah!!!
dalam mencari makanan di pasar malam,tiba2 nuhaa mendapat satu panggilan dari shbt ana mengkhabarkan bahawa arwah telah tiada..terasa jantung berdegup kencang kerana terkejut..mana myngkin tidak terkejut kerana pemergian arwah secara tiba2..rakan2 semua tidak dpt menerimanya walhal sebelumnya arwah sihat..apa2 pun ajal di tgn Allah..maut boleh dtg secara tiba2 apabila cukup masa yg ditetapkan..

Nuhaa terasa sebak..sebak ats pemergiannya dan juga sebak mengenangkan kita juga akn menyusulnya di kemudian hari..nuhaa terfikir,bagaimana kalau nuhaa telah diambil nyawa..terasa kerdilnya diri ini ya Allah..terasa d0sa-dosa menghempap kepala..pemergiannya membawa seribu ibroh bt nuhaa..teringat akn kematian..ya Allah..terasa hambaMU ini xlayak ke syurgaMU..diri ini penuh dosa-dosa,sedikit amalan..ya Allah..ampunkan aku ya Allah..

Sememangnya jika kematian telah tiba,tiada siapapun dapat menempisnya..tatkala itu,kita tdk lagi boleh meminta kpd malaikat maut supaya ditundakan kematian kita..ya Allah..terasa gerun nya diri ini bila mengenangkan saat kematian..moga peristiwa ini dapat memuhasabahkan diri ini..ighfirzunubanaa ya Allah..

Akhirul kalam...
nuhaa ucapkan takziah buat keluarga arwah..semua ini merupakan ujian buat ibu bapa arwah..sesungguhnya ank itu merupakan pinjaman dari Allah..Allah berhak mengambilnya bila2 masa sahaja..kita sebagai peminjamnya haruslah redha dgn kehendak Allah..setiap yg hidup pasti merasai kematian..moga dirimu tenang disana sahabat..

ya Allah..ampunilah sahabat2 kami..
tempatkanlah dia dibawah naungan keredhaan dan rahmatMU..
golongkan dia dlm kalangan org yg mulia disisiMU..
Amiin...

 ;-(




by
~Nuhaa ZahRa~

1 comment:

'CikMimiEy' said...

sama2 kita sedekahkan doa buat arwah di sana ... hanya itu yang mampu kita beri sbg seorang sahabat ...