Wednesday, January 11, 2012

Hati berlagu rindu

“Rindunya…   “   hati kecilku mula berbisik. Ya  rindu benar aku pada bi’ah itu. Bi’ah yang membawa aku kepada jalan yang aku cari selama ini dalam hidup. Bi’ah itu penuh ketenangan, kedamaian dan sungguh mengharmonikan hatiku. Kalam yang penuh hikmah dan mukanya yang mengalirkan ketenangan , mengubat hati yang gersang ini subur  dan mekar dalam sama-sama mengejar mardhatillah. Tapi itu semua kenangan dulu, rindu benar aku akan bi’ah itu. Kenangan itu membuatkan  hati aku bagai tercarik-carik, sakit benar rasanya. Bukan kerana bi’ah itu aku menderita tetapi kerana bodohnya aku tidak mencari bi’ah itu lagi di tanah kelahiran setelah tamat pengajian di bumi penyu dahulu. Perasaan ini sangat sukar untuk aku luahkan. Aku kehilangan ‘rasa’ itu. ‘Rasa’ yang sentiasa membuatkan aku mengingati Sang Khaliq. Rasa yang bisa buat aku sentiasa mengislahkan diri ini. Aku renungi diri ini, cermini diri ini.. ah,pilunya.. Bodohnya aku kerana tidak mencari sinar itu. Sinar itu sentiasa hadir tapi aku masih malas-malas ! Zalimnya  aku,membiarkan rohaniku menderita dan meronta-ronta meminta makanannya. Ya ALLAH, ampuni diriku. Terimalah taubatku. Diri ini hina,penuh dosa dan noda. Alangkah bahagianya aku jika aku merajinkan  dan menjinakkan diri ini pada sinar itu! Bahagianya… Pasti bahagia!



Perindu  itu terus merindui apa yang dirinduinya…..! ALLAHUAKHBAR!  






Nuhaa  Zahra 
Sabtu 7 Jan 2012 
13 Safar 1433
9.35 pm