Monday, February 20, 2012

::. Nyanyian Hujan .::

“Allahumma soyyiban naafi’an…” doaku dalam hati. Basah ,kelihatan air menyusur laju membelah laluan parit-parit. Hujan begini membuatkan aku teringat  kenangan lewat lalu . Terasa halwa sejuk mengalir keseluruh saraf-saraf,dingin ..dingin itu mengimbau kembali rasa sejuknya hingga ke tulang  apabila musim tengkujuh melabuhkan tirainya di bumi al-ilm. Aneh,perasaan rindu itu sentiasa merungkai di tangkai hati. Makin di usir, makin ia terus teguh di hati. Benarlah kata mua’llimku dulu, Prof. Tengku Zaki yang pernah mengatakan bahawa kita akan sentiasa merindui kenangan dahulu-dahulu. Katanya lagi, apabila kita dibangku sekolah menengah pasti kita merindui kenangan di sekolah rendah,apabila di universiti pasti kita merindui kenangan di sekolah menengah manakala apabila sudah bekerja pasti merindui saat-saat kita belajar. Dewan kuliah utama menjadi saksi kata-katanya. Telahannya benar. Benar sekali. Kini, aku pula yang merasai rasa itu. Rasa merindui saat-saat menjadi tullab di bumi UnisZA. Sesungguhnya kita akan merasainya apabila kita kehilangan  sesuatu itu.








Terasa banyak kenangan yang terungkai dihati. Ianya akan terus melekat di sanubari selamanya. Terima kasih Tuhan atas segalanya. Walau diulang beribu kali kenangan itu diceritakan, ia tidak akan dapat diputar kembali. Masa terus berjalan dan aku masih disini. Merenung kenangan lalu. Kadangkala ia membuatkan mutiara jernih selalu mengalir lesu di pipi. Aku lemah akan perasaan itu. Lemah ! Pastinya aku kena kuat untuk melalui hari-hari yang semakin dekat dengan hari kiamat . Jangan lemah untuk kesekian kalinya kerana syaitan selalu berusaha menyelinap disegenap hati yang lemah dan lalai. Tuhan , bantu aku untuk terus kuat. Ameen ya Rabb. Akhirnya aku berusaha mengusir rasa itu, sedikit demi sedikit walaupun sakit. Aku tahu Tuhan masih sayangkan aku. DIA sedang menguji aku. Mana mungkin DIA akan meninggalkan aku,aku redha atas segala takdir dalam tadbirnya.. Kisah lalu, akan pergi buat selamanya. Pergilah segala kesedihan,la tahzan.Titik.


Nuhaa Zahra
Sabtu
10.18pm
11 February 2012
18 Rabi’ul Awal 1433