Monday, May 23, 2011

::. Tautan Rindu .::


Assalamualaikum w.b.t.

Salam ingatan berpanjangan buat semua sahabat2 nuhaa..
Rasanya dah 4 hari nuhaa  meninggalkan bumi penyu.Tempat nuhaa bersama rakan2 lain berjuang dalam menuntut ilmu.Terasa rindu dgn gelak tawa dan gurauan teman-teman.Masih terbayang gelagat2 kalian semua dimata ini.Ya Allah..rindu benar dgn suasana itu.Disamping gembira setelah pulang ke pangkuan keluarga,terselit rasa duka kerana berpisah.Hanya sms dan panggilan telef0n pengganti rindu.
Duhai sahabat2..sungguh indah ukhuwwah kita yg terjalin selama 3tahun di UniSZA.Masuk kita dahulu sebagai tullab UDM hingga keluarnya kita sebagai mantan tullab UniSZA.Selama 3tahun disana,kita mengutip pelbagai ilmu,ragam dan bermacam2 erti kehidupan.Sungguh indah sulaman kasih kita itu.Terasa benar2 menyucuk hati ini tatkala kita berpisah.Terasa sakit dan peritnya erti perpisahan itu.Benar,nuhaa xpernah merasakan perasaan sebegitu sekali.Indah benar ukhuwwah yang terbina atas nama Allah dan ikhlas keranaNYA..





Tatkala hati ini merindui suasana itu,kdg2 dumu’ ini mengalir laju. Terasa hangatnya dumu’ seperti hangatnya perasaan rindu pada sebuah persahabatan..
Nuhaa hanya mampu berd0a agar kalian semua berjaya didunia dan akhirat..sem0ga kalian sentiasa berada dalam naungan cinta dan redha Illahi..m0ga kita berjumpa lagi.
Manisnya ukhuwwah kita apabila bertemu dan berpisahnya kita krn Allah S.W.T.


Sahabat...
Andai suatu hari nanti kita terpisah..
Biar maut penyebabnya..
Bukan sengketa..
Bukan jarak dan masa..
Kerana persahabatan kita tiada gantinya..
Biar kekal hingga ke syurga..
Namun kita tahu bahawa hakikat sebenar asbab dan musababnya adalah  kerana Allah semata-mata..
Moga persahabatan kita terus utuh..
Doa rabitah buat teman2 semua..
Moga Allah memegang hati kita seeratnya..dalam kehidupan ini.Berd0alah agar Allah menetapkan hati kita dalam nikmat islam dan iman.Hanya nikmat itu yang paling bahagia bukan harta,pangkat ,anak2 ,isteri2 suami dan sebagainya..




Setelah kita keluar dari kepompong menuntut ilmu,tanggungjawab yg digalas begitu berat.Berhadapan dgn masyarakat memerlukan kesabaran yg tinggi..InsyaAllah suatu hari nanti nuhaa dan sahabat2 semua akan mengalaminya..Moga kita dapat menangani cabaran itu dengan tenang dan akhlak yg terpuji krn kita keluar dari acuan pengajian islam.Moga kita mengikut acuan itu sebaiknya.Acuan islam..acuan Allah dan RasulNya..
Apapun kemana kita pergi dan berada,ingatlah asal kita..tafwidlah segalanya pada Allah..Andai ada masalah dan perselisihan,kembalilah pada Allah.Kerana DIA sebaik2 tempat kita kembali.Moga kita terus sukses dalam mencari redha Allah..kerana redhaNYA amat bernilai dari segala-galanya..Hanya pada DIA kita bertawakkal..InsyaAllah..


لا حولا ولا قوة إلا بالله على العظيم .::  .::


 ..Moga berjumpa lagi insyaAllah..


  ~  Ilalliq0’ d hari konvo nanti insyaAllah ~


~Nuhaa ZahRa~

No comments: