بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah..pd pg jumaat yg cerah ni dgn sayup2 kedengaran burung-burung mencicip keluar mencari makanan,cik nuhaa telah diberi kenikmatan islam dan iman oleh Sang Khaliq untuk meneruskan kehidupan seharian..dan cik nuhaa juga bersyukur akhirnya cik nuhaa sempat membingkiskan sedikit coretan setelah lama cik nuhaa tidak ber'blogger' lantaran sibuk dgn hal2 duniawi.Nampaknya blog cik nuhaa telah ber'sawang' setelah sekian lama x meng'update'nya..
Pada pg ni cik nuhaa ingin merafa'kan setinggi2 kesyukuran terhadap Illahi krn telah menghidupkan kembali cik nuhaa setelah dimatikan seketika..alhamdulillah,segala puji bg Allah yg telah mengurniakan nikmat ini tanpa bayaran sedikitpun.Alangkah banyaknya nikmat yg telah dikurniakan oleh Ar Rahim kpd hambaNYA,lantaran itu mengapa kita sbg hambaNYA tidak mahu bersyukur??kita telah diberi nikmat ini tanpa sebarang bayaran malahan "free of charge" lg..masyaAllah,terasa kerdil diri ini lantaran kadang2 leka dari mendidik hati ini mengsyukuri segala yg telah Allah kurniakan..
Jom ikuti cik nuhaa untuk memberikan sedikit c0ntoh yg rapat dalam kehidupan seharian kita agar kita lebih mafhum dan mengambil sedikit ibr0h daripadanya agar kita semua dapat merenungi segala nikmat Allah yg kadang-kadang kita lalai daripada mengsyukurinya..
Pernahkah kita semua berfikir?? Dalam keadaan mengantuk pada pagi hari untuk menunaikan kewajipan perintah Allah(solat subuh) kita selalu mengeluh krn malas untuk istaiqizu dari tidur lantaran mengantuk menguasai diri..tp pernahkah kita semua terfikir nikmat sebalik itu??Dalam keadaan kita mengeluh itulah kita patut sedar bahawa kita lupa untuk mengsyukuri..ingin tahu apa yg kita wajib syukuri??Syukuri lah bahawa pagi itu Allah masih menghidupkan kita lg untuk dan berpeluang menghirup udara yg segar."Fabiayyi a'laa ir0bikuma tukazziban" maka nikmat Tuhanmu yg manakah kau dustakan??Masya Allah..kata2 ini bukan untuk org lain shj,tp malah untuk cik nuhaa jgk yg kdg2 alpa dgn dunia yg penuh dgn kepura-puraan..xmalukah kita semua sebaik Allah menghidupkan kita kembali, kita balas nikmatnya dgn rungutan dan keluhan bukan syukur dan d0a???Sgt malu kn??tp Allah mmg penyayang,DIA masih memberi nikmatnya ,memberi dan menberi walaupun kita mengeluh,mengeluh dan terus mengeluh!!!
Penah dengar rungutan ini?? "Ish,malaslah aku nak jalan pergi kelas tuu"..haa,kdg2 kita megeluh malas dlm kehidupan..tidak ditujukan kpd sesiapa tp pada diri cik nuhaa sendiri yg kdg2 malas telah menguasai diri bak raja!tapi disebalik itu pernahkah kita renungi lagi??mari kita renungi,sedarlah..tika itu kita wajib bersyukur kerana kita masih diberi kudrat dan anngota yg baik untuk untuk terus melakukan tugas2 seharian..nikmat bukan??bagaimana Allah menarik nikmat itu??Mesti kita sgt susah kan?oleh itu wahai hamba2 yg mempunyai jiwa,bersyukurlah..syukurlah atas segala nikmat yG Allah berikan..lihatlah di sekililing kita,ramai yg tidak berkesempatan dan tidak diberi kenikmatan sempurna anggota dan kudrat yg sempurna tp mereka masih bersyukur..bagaimana pula kita yg sgt sempurna dan penuh dgn nikmat tidak mahu bersyukur pd Allah??
Akhirul kalam,cik nuhaa bawa lg satu misil..adakah kita pernah merasakan satu perasaan benci dan marah tatkala ibu dan ayah kita meleteri kita,memarahi kita dan mer0tan kita??pernah bukan?? Tapi ketahuilah nikmat disebalik itu,sewaktu org lain tiada ayah dan ibu,tiada tempat pergantungan,tiada didikan yg menyuruh kpd kebaikan,sedarkah kita bahawa kita masih mempunyai ibu dan ayah serta adik beradik yg lain yg mendidik dan meleteri kita krn sygkan kita??Ketahuilah,leteran ayah dan ibumu tanda kasih mereka kpdmu supaya menjadi "manusia" dan ketahuilah juga berapa byk diluar sana yg tidak dapat menikmati kasih syh ibu dan ayah??sedih bukan??oleh itu hargailah ayah dan ibu kita yg selalu memberi,memberi dan terus memberi kasih syg tanpa bayaran..satu nikmat Allah yg agung..subhanallah..agung dan mulianyaMU ya Allah..maka nikmat Tuhanmu yg manakah yg kau dustakan??
Moga2 coretan ini sedikit sebanyak membuka hati cik nuhaa dan shbat2 semua dalam melayari nikmat kurniaan Allah ini dgn sebaiknya,,syukurlah dan bersyukurlah atas semua nikmat yg Sang Khaliq berikan tanpa bayaran ini.Last but not least,apa yg cik nuhaa ingin tegaskan pada c0retan disini kali ini : ialah tentang "syukurkah kita?" dan "memberilah"...kerana Allah telah memberi,memberi dan terus memberi dgn kasih sygNYA maka kita sbg hambaNYA haruslah bersyukur,bersyukur dan terus bersyukur..
Wallahu'alam..cik nuhaa sudahi coretan ini..moga bertemu kembali dan moga kita terus bersyukur..dan memberilah kpd yg lain dgn ikhlas,biar dirimu xdihargai tp hargailah dirimu dgn memberi!!!
Moga Allah meredhai dan merahmati kita semuanya..amiin ya Rabb a'lamiin..
No comments:
Post a Comment